Inspektor Polis, Rakan Dicekup Kerana Edar Dadah

Diterbitkan: Khamis, 16 Oktober 2014 2:16 PM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Seorang Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh dan seorang rakannya ditahan di sebuah rumah pangsa di Pulau Pinang semalam kerana disyaki memiliki syabu.

Ketua Polis Perak Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata sejumlah dadah ditemui bersama pegawai berpangkat Inspektor berusia 30 tahun itu.

"Pegawai ini baharu sahaja melaporkan diri di IPD Ipoh lebih kurang enam bulan lepas. Ujian air kencing turut mendapati pegawai dan rakannya itu positif dadah," katanya kepada pemberita pada majlis serah tugas Ketua Polis Perak.

Jawatan itu akan dipangku Datuk A. Paramasivam yang kini menjawat jawatan timbalan ketua polis Perak sementara Acryl Sani akan menyandang jawatan Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman mulai 20 Okt ini.

Kes itu telah diserahkan kepada polis Pulau Pinang untuk menjalankan siasatan.

Acryl Sani berkata pihak polis tidak akan berkompromi dengan pegawai dan anggotanya yang melakukan kesalahan jenayah dan tindakan akan diambil mengikut undang-undang sedia ada.

"Untuk jadikan PDRM sebagai pasukan relevan dan dihormati, kita tidak akan bertolak ansur, dasar kerajaan adalah tegas, tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah," katanya.

Berucap pada majlis itu, beliau berkata sepanjang memegang tampuk kepimpinan polis di Perak, negeri ini mencapai prestasi cemerlang dari segi penurunan kadar jenayah serta kepuasan masyarakat awam terhadap isu keselamatan.

"Warga kontinjen Perak mempunyai cara kerja yang positif dengan menghayati peranan sebagai warga pasukan yang semakin hari semakin prihatin terhadap tanggungjawab dan amanah untuk bekerja serta memberi perkhidmatan terbaik terhadap rakyat," katanya.


Tags / Kata Kunci: Dadah , Polis , Narkotik

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan