Tiga Penggerak Utama Militan Antara 14 Ditahan Di Selangor

Diterbitkan: Rabu, 15 Oktober 2014 9:15 PM

Dr Mahmud Ahmad

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis menahan tiga individu disyaki penggerak utama yang bertanggungjawab merekrut, membiayai dan mengatur pemergian rakyat Malaysia ke Syria untuk menyertai kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS).

Mereka adalah antara 14 individu yang ditahan dalam satu operasi khas tiga hari oleh Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman di sekitar Shah Alam dan Damansara, Selangor mulai Isnin (13 Oktober). 

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam satu kenyataan lewat petang Rabu berkata kesemua yang ditahan adalah rakyat negara ini, berumur antara14 dan 48 tahun, terdiri daripada peniaga, petugas majlis, tukang masak, pereka grafik, pelajar, suri rumah dan jurutera. 

"Hasil siasatan, penggerak utama pertama, suspek berusia 37 tahun merupakan pengendali facebook yang mempromosi, merekrut, dan memuat turun propaganda kumpulan IS bagi mempengaruhi rakyat Malaysia untuk berjihad di Syria," katanya. 

Khalid berkata suspek itu juga aktif merekrut pelajar wanita universiti tempatan untuk dihantar ke Syria. 

 "Penggerak utama kedua berusia 34 tahun, pernah menyertai kumpulan IS di Syria antara Disember 2013 hingga April 2014. 

"Beliau yang kembali ke Malaysia 8 April lalu berperanan dalam memberi panduan, galakan dan berkongsi pengalaman dengan rakyat Malaysia yang menyertai kumpulan IS di Syria," katanya. 

Manakala pengerak utama ketiga berusia 37 tahun adalah seorang jurutera yang memegang jawatan Penolong Pengarah Kanan, Jabatan Pembentungan, KementerianTenaga, Teknologi Hijau dan Air. 

Katanya, suspek ketiga itu disyaki membiayai perbelanjaan individu-individu yang direkrut tersebut ke Syria.

Khalid berkata suspek ketiga itu juga dipercayai mempunyai hubungan dengan pengganas lain iaitu Dr Mahmud Ahmad, Mohd Najib Hussein, dan Mohd Joraimee, yang kini menyertai kumpulan Abu Sayyaf di Selatan Filipina.  

Beliau berkata lima daripada yang ditahan terdiri daripada sebuah keluarga yang disyaki merancang untuk berlepas ke Syria menyertai IS. 

Katanya penggeledahan rumah keluarga itu turut menemui buku-buku jihad dan aktiviti militan. 

"Malah seorang daripada keluarga itu merupakan pelajar tingkatan dua di sebuah sekolah di Klang, Selangor," katanya. 

Katanya kesemua suspek ditahan di bawah Bab VIa - Kesalahan Berkaitan Keganasan, Kanun Keseksaan (Akta 574) dan akan disiasat mengikut prosedur di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Akta 747).

Tags / Kata Kunci: ISIS , militan , PDRM

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan