Pemandu Teksi Kini 'Mata', 'Telinga' Polis

Diterbitkan: Rabu, 15 Oktober 2014 2:17 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemandu teksi kini akan membantu polis dalam usaha membanteras jenayah menerusi kerjasama strategik yang dirangka sesuai dengan perubahan lanskap serta cabaran berhubung isu keselamatan dan jenayah di negara ini.


Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, inisiatif tersebut kini menjadi kenyataan hasil jaringan di antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Syarikat MyTeksi Sdn Bhd.

"Pemandu teksi ada di mana-mana, merata-rata. Di tempat tak ada polis pun mereka ada.

"Jadi kita ingin gunakan kehadiran mereka ini untuk sama-sama membantu membanteras jenayah, khususnya di Lembah Klang," katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran Kolaborasi Strategik PDRM bersama MyTeksi di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, Rabu.

Khalid berkata, kerjasama ini akan memperlihatkan pemandu teksi yang berdaftar dengan MyTeksi bertindak sebagai mata dan telinga PDRM dalam mencegah jenayah melalui penyaluran maklumat jenayah dan kemalangan jalan raya.

Sebelum ini, MyTeksi hanya dikenali sebagai satu aplikasi pada telefon pintar untuk memudahkan pengguna mendapatkan perkhidmatan teksi.

"Selain membantu penumpang, ia turut memudahkan pemandu teksi untuk menghubungi Bilik Gerakan IPD terdekat apabila sesuatu insiden jenayah atau kemalangan berlaku.

"Pemandu teksi yang terlibat telah diberi pendedahan mengenai aspek keselamatan melalui sesi taklimat dan penerangan supaya mereka lebih memahami peranan dan tanggungjawab di bawah kolaborasi ini," katanya.

Beliau berkata, setakat ini terdapat lebih 10,000 pemandu teksi di Lembah Klang berdaftar dengan MyTeksi.

Bagi peringkat permulaan kolaborasi, seramai 500 pemandu teksi telah mengikuti latihan dan taklimat.

"Kita sasar 10,000 pemandu dapat diberikan latihan atau pendedahan berperingkat dalam memperluaskan strategi kolaborasi kita," katanya.

Khalid berkata, inisiatif seperti ini telah lama dijalankan oleh pihak polis tetapi ia diperluaskan di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan 7 (NBOS7)


Tags / Kata Kunci: NBOS7 , MyTeksi , Tan Sri Khalid Abu Bakar

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan