Polis Rakam Percakapan 21 Individu Kes Letupan Di Bukit Bintang - Berita Jenayah | mStar

Polis Rakam Percakapan 21 Individu Kes Letupan Di Bukit Bintang

Diterbitkan: Rabu, 15 Oktober 2014 11:39 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis telah merakam percakapan 21 individu bagi membantu siasatan insiden serangan bom tangan di depan sebuah kelab malam di Bukit Bintang, Khamis lepas.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajuddin Md Isa berkata sehingga kini, masih belum ada tangkapan dibuat bagi kes berkenaan.

"Polis sedang mengumpul serta memeriksa kesemua rakaman litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian dan menjangka dapat menyelesaikan pemeriksaan dalam tempoh terdekat," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Pada 9 Oktober lepas, seorang joki kereta, Tiong Kwong Yie, 36, maut dan 12 yang lain cedera termasuk pelancong asing dalam serangan bom tangan dipercayai melibatkan perebutan kawasan kumpulan kongsi gelap. 

Tags / Kata Kunci: Letupan Bukit Bintang
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan