Lima Rumah Dilempar Molotov Cocktail, Dipercayai 'Kerja' Along

Diterbitkan: Selasa, 14 Oktober 2014 11:52 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Lima rumah di sekitar bandar raya ini dan Kulaijaya mengalami kerosakan kecil akibat dilempar bom botol atau 'molotov cocktail' dalam kejadian dua hari lepas.


Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Ismail Yatim berkata, kejadian terbabit dipercayai dilakukan oleh along dan berlaku antara 12 tengah malam dan 4 pagi.

"Kejadian melibatkan rumah di kawasan Johor Baharu Selatan, Nusajaya dan Kulaijaya. Ia dipercayai dilakukan along untuk menakutkan para peminjam yang dipercayai gagal membayar pinjaman mereka," katanya kepada pemberita selepas majlis perhimpunan bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini, Selasa.

Ismail berkata, kejadian itu, bagaimanapun, tidak melibatkan sebarang kecederaan kepada mangsa.

Beliau berkata, sehubungan itu, pihaknya kini sedang melakukan siasatan terperinci bagi mengenal pasti suspek yang terlibat.

"Kita memberi amaran kepada para peminjam wang bahawa tindakan tegas akan diambil sekiranya mereka menggunakan kaedah yang melanggar undang-undang," katanya.

Orang ramai dalam masa yang sama juga dinasihatkan supaya tidak meminjam wang daripada along bagi mengelakkan implikasi buruk, katanya.


Tags / Kata Kunci: molotov cocktail , rumah , Kulaijaya

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan