Mayat Dua Remaja Lemas Di Sungai Petani Ditemui

Diterbitkan: Selasa, 14 Oktober 2014 11:47 PM

(Ubah saiz teks)

SUNGAI PETANI: Mayat dua remaja lelaki berusia 16 tahun yang hilang ketika memancing di kawasan berhampiran Kampung Bakar Arang, Pantai Merdeka dekat sini Isnin, ditemui petang Selasa.

Mayat mereka ditemui kira-kira satu kilometer dari lokasi mereka tenggelam, kata Timbalan Pengarah Bahagian Forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah Mohd Yunus Abu.

Beliau berkata mayat Mohd Hazwan Shauddin ditemui pada 6 petang manakala mayat rakannya Ahmad Hizami Ahmad Husaini ditemui enam minit kemudian.

Operasi pada Selasa melibatkan 86 pegawai dan anggota pelbagai agensi serta dua bot dan jet ski bomba, tiga bot maritim dan dua bot Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) serta polis, katanya kepada pemberita di tempat kejadian. 

Kedua-dua mayat itu dijumpai pasukan penyelamat yang membuat pencarian di permukaan laut selepas unit skuba JPAM menghentikan pencarian kira-kira 5.30 petang ekoran cuaca gelap dan arus deras.
 
Mayat mereka dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim di sini untuk dibedah siasat sebelum dituntut anggota keluarga untuk dikebumikan.

Semalam, Mohd Hazwan Shauddin dan Ahmad Hizami keluar rumah sejak 8 pagi untuk memancing di kawasan berkenaan bersama empat lagi rakannya sebelum hilang di laut kira-kira 1 petang.

Dalam kejadian itu, Mohd Hazwan dikatakan turun ke laut untuk membetulkan tali pancingnya yang tersangkut tetapi tenggelam manakala Ahmad Hizami yang cuba menyelamatkan rakannya turut tenggelam.

Operasi mencari dan menyelamat kemudian dijalankan tetapi terpaksa dihentikan kira-kira 8 malam tadi sebelum disambung semula pada 7 pagi Selasa.

Pencarian pada Selasa ditumpu di kawasan lokasi di mana kedua-dua mangsa dikatakan terjatuh selain turut menyusuri Sungai Merbok. 

Tags / Kata Kunci: lemas , Sungai Petani

iklan

Video

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan