Tiga Mati Lemas Bot Bawa Pati Karam

Diterbitkan: Selasa, 14 Oktober 2014 11:50 AM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Tiga ditemui mati lemas apabila sebuah bot yang membawa sekumpulan pendatang asing tanpa izin (Pati) karam di perairan Sungai Tengah di Bandar Penawar dekat sini, awal pagi Selasa.

Polis mengesahkan kematian itu yang membabitkan dua wanita dan seorang lelaki, kesemuanya warga Indonesia.

Ketiga-tiga mereka bersama penumpang lain sedang menaiki bot, dipercayai menyeludup keluar ke Batam, Indonesia ketika kejadian berlaku pada kira-kira pukul 2.56 pagi.

Pihak berkuasa turut mengesahkan terdapat 26 penumpang lagi yang terselamat dalam nahas itu ditahan untuk membantu siasatan.

Tags / Kata Kunci: bot karam

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan