Pengawas Hutan Cedera Ditoreh Dengan Pisau Lipat

Diterbitkan: Isnin, 13 Oktober 2014 8:57 PM

(Ubah saiz teks)

ROMPIN: Seorang Pengawas Hutan Jabatan Perhutanan Muadzam Shah di sini cedera di tangan, bahu dan punggung akibat ditoreh dengan sebilah pisau lipat oleh seorang lelaki awal pagi Isnin.

Tidak cukup dengan itu, Azri Jamaluddin, 44, turut dipukul dengan 'spanner' oleh seorang lagi suspek sebelum mereka berdua melarikan diri. 

Ketua Polis Daerah Rompin DSP Johari Jahaya berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 10.45 pagi di pondok sementara Jabatan Hutan di Canis, Muadzam Shah iaitu di kawasan jalan ladang kelapa sawit dan tanah merah kira-kira tujuh kilometer ke jalan utama dekat sini. 
 
"Sebelum kejadian mangsa sedang memeriksa kayu-kayu balak dari lori untuk bayaran cukai bersama seorang lagi rakan setugasnya.
 
"Tiba-tiba dua lelaki tidak dikenali datang dengan menaiki sebuah kereta jenis Ford Ranger berwarna hitam tanpa nombor pendaftaran dengan berpura-pura bertanya sesuatu kepada mangsa. 

"Suspek bertanya adakah kereta yang diletakkan di situ milik mangsa dan selepas mangsa menjawab kenderaan itu miliknya tiba-tiba salah seorang lelaki bertindak menumbuk mukanya," katanya di sini, Isnin. 

Beliau berkata, ekoran kejadian itu mangsa telah terjatuh sebelum suspek mengeluarkan sebilah pisau lipat dari poket seluarnya lalu bertindak melibas dan menoreh mangsa sebanyak lima kali. 
 
"Pada masa yang sama seorang lagi suspek memukul mangsa dengan 'spanner' sebelum mereka berdua melarikan diri," katanya. 

Johari berkata, akibat torehan itu mangsa mengalami dua kesan kecederaan luka di tangan kiri dan kanannya serta di bahagian punggung dan di bahu kanan. 

Katanya, mangsa dikejarkan ke Hospital Muadzam Shah dan menerima beberapa jahitan akibat luka itu.

Keadaannya kini dilaporkan stabil. 


Tags / Kata Kunci: Pengawas Hutan , cedera

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan