Warga Nepal Dibunuh Memadu Kasih Dengan Isteri Orang

Diterbitkan: Isnin, 13 Oktober 2014 3:16 PM

(Ubah saiz teks)

KULIM: Seorang warga Nepal ditemui mati dipercayai akibat ditikam di rumah kekasihnya yang merupakan isteri orang di Taman Bersatu di sini awal pagi Isnin.


Lelaki tersebut dipercayai telah diserang oleh anak lelaki wanita itu dan beberapa rakannya yang menyedari mangsa berada di rumah itu.

Ketua Polis Daerah Kulim, Supritendan Abdullah Arshad berkata, mayat mangsa yang dikenali sebagai Kamal Singh, 27, dijumpai tertiarap dalam sebuah bilik di rumah teres di kawasan perumahan itu oleh seorang keluarga wanita tersebut kira-kira 4 pagi tadi.

"Anggota keluarga berkenaan telah melaporkan kejadian itu kepada polis yang berkejar ke tempat kejadian dan menemui mangsa berlumuran darah akibat kesan tikaman dengan senjata tajam di dalam bilik berkenaan," katanya ketika dihubungi Isnin.

Abdullah berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang merupakan rakan sekerja dengan wanita tersebut di sebuah kilang di sini dipercayai mempunyai hubungan intim dengan wanita berusia 42 tahun itu sejak akhir-akhir ini.

"Terdahulu mangsa bersama wanita berkenaan telah pulang ke rumah tempat tinggal wanita tersebut dan seorang lelaki berusia 18 tahun dipercayai anak wanita tersebut telah menyedari kehadiran mangsa lalu memanggil beberapa orang rakannya.

"Mereka dikatakan telah menyerang mangsa dengan senjata tajam menyebabkan mangsa maut dan berlumuran darah," katanya.

Katanya, anggota polis yang tiba di lokasi kejadian mendapati mangsa telah meninggal dunia dan setelah pemeriksaan dibuat terdapat satu kesan tusukan senjata di dada kiri mangsa.

"Mayat mangsa telah hantar ke Hospital Kulim untuk tujuan bedah siasat," katanya.

Abdullah berkata suspek dipercayai telah melarikan diri dan polis sedang mengesan mereka.

"Senjata yang digunakan masih belum dijumpai. Pihak polis kini menyiasat kes tersebut di bawah Kanun Keseksaan 302 kerana membunuh," katanya.


iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan