Beberapa Kapal Induk Bakal Ditempatkan Di Perairan Esszone

Diterbitkan: Isnin, 13 Oktober 2014 6:44 PM

Khalid bertanya khabar anggota PGA Batalion 14 Mabul ketika mengadakan lawatan kerja ke kem di Semporna, Ahad.

(Ubah saiz teks)

LAHAD DATU: Beberapa buah kapal bakal ditempatkan di pesisiran pantai timur Sabah yang bersempadan dengan Filipina untuk dijadikan pos kawalan bagi Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom).


Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, kapal berkenaan akan ditempatkan di beberapa lokasi yang telah dikenal pasti bagi memperkukuh lagi pertahanan sedia ada di perairan pantai timur Sabah.

"Kapal-kapal itu kini sedang dibaik pulih di Semenanjung dan apabila siap, ia akan dihantar ke lokasi yang telah dikenal pasti di perairan pantai timur Sabah.

Kapal itu akan berfungsi sebagai kapal induk seperti Kapal Bunga Mas 5 yang dilengkapi pasukan anggota keselamatan dan bot-bot laju bagi menangani jenayah rentas sempadan," katanya selepas melawat pasukan keselamatan yang bertugas di beberapa pos kawalan di kawasan pantai timur Sabah.

Sebelum ini kerajaan telah menempatkan Kapal Bunga Mas 5 milik Perbadanan Perkapalan Antarabangsa Malaysia Bhd (MISC) di perairan pantai Timur Sabah.

Ditanya mengenai perintah berkurung yang dilaksanakan di enam daerah di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone), Khalid berkata ia sangat berkesan dalam membantu mempertingkat dan memperkukuhkan lagi kawalan keselamatan di zon itu.

"Kita tiada perancangan untuk mengekalkan perintah berkurung itu, namun kita akan terus laksanakannya mengikut keperluan, sehingga situasi keselamatan di Esszone benar-benar memuaskan.

Pada 5 Oktober lepas Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman telah mengumumkan pelanjutan perintah berkurung sehingga 21 Okt ini yang dikuatkuasakan di enam daerah di pantai timur Sabah iaitu Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna, dan Tawau.

Perintah berkurung itu yang dilaksanakan sejak 19 Julai kini memasuki fasa keenam.

Mengulas mengenai Bajet 2015 yang diperuntukkan kepada Esscom, Khalid berkata beliau yakin peruntukan sebanyak RM660 juta itu dapat memantapkan lagi keupayaan Esscom menjaga keselamatan di Sabah khususnya di Esszone.

"Peruntukan itu dapat digunakan untuk membeli kelengkapan peralatan aset seperti radar dan bot berkuasa tinggi...dengan adanya peralatan itu, maka kawalan keselamatan di Sabah dapat terus dipertingkatkan," katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan peruntukan itu dalam pembentangan Bajet 2015 di Dewan Rakyat Jumaat lepas dan peruntukan itu termasuk penambahan satu batalion Pasukan Gerakan Am Polis Diraja Malaysia dan satu batalion Tentera Darat dengan jumlah anggota baharu yang telah diluluskan berjumlah 1,280 orang.

Esscom yang ditubuhkan pada 1 April tahun lepas susulan insiden pencerobohan pengganas Sulu di Tanduo dipertanggungjawab menyelaras operasi pelbagai agensi keselamatan dan pertahanan termasuk Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia di Esszone.

Esszone meliputi 10 daerah iaitu Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Kinabatangan, Sandakan, Lahad Datu, Kunak, Tawau dan Semporna.

Tags / Kata Kunci: kapal induk , Ketua Polis Negara , Esszone

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan