Pelajar Sekolah Direkrut Sertai Militan Berjihad Di Syria - Polis

Diterbitkan: Isnin, 13 Oktober 2014 10:57 AM

Ayob Khan Mydin Pitchay.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Usaha merekrut gadis Malaysia menyertai kumpulan militan di negara bergolak Syria yang kononnya atas dasar jihad, semakin agresif apabila ia turut dikesan cuba merekrut pelajar sekolah.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman SAC Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay yang mendedahkan perkara itu berkata individu yang giat menjalankan kegiatan itu hanya melalui Facebook menyasarkan golongan ini memandangkan mereka lebih mudah terpedaya.

"Trend rekrut melalui Facebook amat membimbangkan dengan menyasarkan usia antara 15 dan 30 tahun ... kita ada kesan pelajar sekolah menengah juga cenderung untuk berjihad dan dipujuk melalui Facebook.

"Selain pelajar sekolah, penuntut IPTA/IPTS yang biasanya mempunyai masalah dalam pengajian dan masalah keluarga turut menjadi sasaran ... pekerja swasta dan kerajaan termasuk ahli perniagaan juga dipujuk untuk sama-sama berjihad," katanya.

Ayob Khan berkata terdapat tiga kumpulan militan yang disertai rakyat Malaysia di Syria iaitu Islamic State (IS), Jabhat Al Nusra dan Ajnad Al Sham.

Beliau menjelaskan kebiasaannya golongan sasaran ini dipujuk dan direkrut berasaskan ayat-ayat suci Al-Quran dan untuk berjihad bersama mujahidin.

"Adakalanya potongan ayat Al-Quran hanya diambil separuh sahaja malahan ada juga yang disalah tafsir bagi 'menghalalkan' matlamat mereka," katanya.

Dalam konteks itu, Ayob Khan berkata sudah tiba masanya pihak berkuasa agama mengambil langkah proaktif dalam menangani perkara ini sekali gus menangkis dakyah kumpulan militan ini.

Katanya pihak berkuasa agama perlu mengeluarkan fatwa rasmi seperti dikeluarkan kebanyakan negara Arab termasuk Arab Saudi iaitu mengharamkan rakyat berjihad di negara bergolak khususnya di Syria sebagai langkah membendung pengrekrutan militan ke negara berkenaan.

"Peranan menangani ideologi militan daripada berkembang terletak pada pihak berkuasa agama ... polis boleh bertindak sekiranya ada bukti dan asas yang individu berkenaan sedang merancang tindakan keganasan," katanya.

Ayob Khan berkata semua pihak khususnya ibu bapa, guru serta majikan harus peka mengenai kegiatan itu (merekrut) dan dapat memaklumkan kepada polis sekiranya mengesan mana-mana individu yang cenderung ke arah untuk berjihad di negara bergolak itu.

Katanya sekiranya dimaklumkan pada peringkat awal, pihak polis akan mengaturkan sesi kaunseling kepada individu terbabit dengan pakar agama daripada Polis Diraja Malaysia.

Setakat ini, sebanyak 22 rakyat Malaysia termasuk tiga wanita dikesan berada di Syria menyertai kumpulan militan manakala 23 individu lagi telah ditahan selepas dipercayai terbabit dengan kumpulan militan.

Pada Ahad, polis mengesahkan seorang wanita yang merupakan bekas pelajar Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) telah berlepas ke Syria pada 4 Oktober untuk menyertai IS. 

Tags / Kata Kunci: IS , gadis Malaysia , Syria

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan