Anak Tiri Dipeluk Jasad Bapa

Diterbitkan: Isnin, 13 Oktober 2014 8:43 AM

TINGGAL KENANGAN... Ellyas bersama anak tirinya, Julia yang maut selepas dirempuh sebuah kenderaan awal pagi Ahad.

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Seorang lelaki yang sudah tidak bernyawa masih tetap memeluk anak tirinya yang turut cedera parah selepas dirempuh sebuah kenderaan di kilometer 7 Jalan Johor Bahru - Kota Tinggi, kira-kira pukul 5.50 pagi Ahad.

Tukang masak kantin, Ellyas Salleh, 33, meninggal dunia di tempat kejadian manakala anak tirinya, Julia Alfiana Nasyirah Adi Kasumi, 4, menghembuskan nafas terakhir beberapa jam kemudian.

Ibu Ellyas, Zuraina Hashim, 50 berkata, kedua-dua mangsa bersama dengan menantunya, Wati Damam, 29, sedang melintas jalan untuk menahan teksi.

"Wati melintas jalan terlebih dahulu dan hanya beberapa langkah dihadapan apabila sebuah kereta merempuh Ellyas dan Julia.

"Apabila Wati menoleh ke belakang untuk mencari mereka, dia terlihat suaminya yang terbujur di atas jalan raya memeluk erat Julia," katanya ketika ditemui di bilik mayat Hospital Sultanah Aminah di sini.

Seorang jiran mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Ridzuan, 44, berkata Ellyas merupakan bapa penyayang kepada tiga orang anak tirinya.

"Dia sentiasa tersenyum dan akan bermain dengan mereka terutamanya Julia, anak bongsu diantara tiga beradik itu," katanya.

Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan ACP Sulaiman Salleh berkata mangsa sedang melintas jalan dari arah Kampung Datuk Sulaiman menghala ke Giant Extra Taman Suria sebelum dilanggar sebuah kereta.

Pemandu kereta terbabit yang berusia 39 tahun mengalami luka ditangan.

Tags / Kata Kunci: maut , kemalangan

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan