Dua Parah Nahas Tujuh Kenderaan

Diterbitkan: Ahad, 12 Oktober 2014 5:52 PM

Kemalangan di Lebuh Raya Karak menyebabkan kesesakan lalu lintas di kawasan itu. Gambar Hiasan.

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Dua lelaki parah selepas terbabit dalam kemalangan membabitkan tujuh kenderaan termasuk sebuah lori tangki di Kilometer 68 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak di Bukit Tinggi dekat Bentong, Sabtu.


Kenderaan terlibat ialah sebuah Proton Wira, sebuah kenderaan pelbagai guna Naza Ria, lori tangki Volvo, Proton Persona, kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux, Perodua Viva dan kereta Hyundai Getz.

Ketua Polis Daerah Bentong, Supritendan Mohamad Mansor Mohd Nor berkata, nahas pukul 5.30 petang itu berlaku selepas kereta Proton Wira dari arah Kuala Lumpur menuju ke Kuantan tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas ke kanan jalan sebelum melanggar pembahagi jalan.

"Akibat itu sebuah MPV yang mengekori belakang kereta berkenaan tidak sempat membrek kenderaan lalu melanggarnya.

Pada masa sama lori tangki yang membawa muatan minyak telah berhenti secara mengejut di lokasi kejadian menyebabkan empat lagi terbabit melanggar belakang sesama sendiri," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Ahad.

Beliau berkata, pemandu Proton Wira terbabit mengalami patah kaki kanan manakala pemandu Naza Ria yang berusia 30-an patah tangan kiri dan kedua-dua lelaki tersebut kini dirawat di Hospital Bentong.

Pemandu serta penumpang kenderaan lain tidak mengalami sebarang kecederaan dan ada antara mereka sudah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong, katanya.

Katanya siasatan awal polis mendapati keadaan jalan yang berselekoh itu licin kerana hujan lebat menyebabkan Proton Wira berkenan terbabas sebelum dilanggar Naza Ria seterusnya menyebabkan kenderaan lain terlibat sama.

Mohamad Mansor berkata, polis sudah mengambil keterangan daripada pemandu serta saksi kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan