Lelaki Maut Selepas Larikan Diri Dari Sekatan Jalan Raya

Diterbitkan: Ahad, 12 Oktober 2014 10:44 PM

Kenderaan yang dinaiki dua lelaki dipercayai penjenayah remuk teruk dan terbakar selepas merempuh sebuah jengkaut ketika cuba melarikan diri dari sekatan jalan raya polis di Jalan Syed Abdul Aziz dekat Limbongan di Melaka, Ahad.-fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Seorang lelaki dipercayai penjenayah maut selepas kereta yang dinaikinya merempuh sebuah jentolak ketika cuba melarikan diri dari sekatan jalan raya polis di Jalan Syed Abdul Aziz dekat Limbongan di sini, Ahad.

Dalam kejadian kira-kira 4.45 petang itu, seorang anggota polis trafik berpangkat koperal turut cedera di bahagian kaki dan tangan selepas cuba menahan kenderaan terbabit. 

Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Supt Razali Bakar berkata sebelum kejadian, kereta jenis Proton Persona dinaiki dua lelaki tidak berhenti ketika sekatan jalan raya yang dijalankan di Jalan Laksamana di sini. 

Beliau berkata hebahan kemudian dibuat kepada semua petugas sebelum anggota trafik berkenaan mengesan kereta terbabit di Jalan Syed Abdul Aziz sebelum cuba menahannya.

"Anggota polis berkenaan yang menaiki motosikal peronda kemudian telah dihimpit lalu terjatuh menyebabkannya mengalami kecederaan di bahagian kaki dan tangan," katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian.

Razali berkata kereta berkenaan kemudian memecut ke arah Limbongan sebelum terbabas dan merempuh sebuah jentolak yang sedang menjalankan kerja pembesaran jalan dan parit di kiri jalan.

Beliau berkata kenderaan tersebut kemudian terbakar sebelum pengendali jentolak tersebut menyimbah lumpur bagi memadam kebakaran.

"Hasil pemeriksaan polis mendapati seorang penumpang yang tersepit maut manakala pemandu kereta mengalami kecederaan parah akibat rempuhan itu," katanya.

Katanya polis turut menemui beberapa bungkusan serbuk putih dipercayai dadah dan beberapa peralatan seperti kapak, parang, pemutar skru dan pemotong kabel disyaki digunakan untuk jenayah pecah rumah.

Polis belum mengenal pasti identiti kedua-dua lelaki berusia lingkungan 20-an terbabit, katanya.

Lelaki yang cedera parah serta anggota polis berusia 45 tahun berkenaan dihantar ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut.
Tags / Kata Kunci: sekatan jalan raya , Razali Bakar

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan