Hassan Budu Ditangkap Curi Kereta

Diterbitkan: Ahad, 12 Oktober 2014 10:31 PM

- Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

BESUT: Seorang penjenayah mencuri kenderaan paling dikehendaki di Terengganu dan Kelantan ditangkap ketika dia cuba melarikan sebuah kereta pacuan empat roda dari Taman Radhiah di sini sebelum kereta terbabit terbalik di satu persimpangan di Kampung Padang Luas Jerteh di sini tengah malam Sabtu.

Samsul Bahri Awang Noh, 41, yang lebih dikenali sebgai 'Hassan Budu' mengalami kecederaan dan dimasukkan ke Hospital Daerah Besut.

Ketua Polis Daerah Besut Supt Khaled Che Lah ketika mengesahkan kejadian itu berkata suspek memang seorang penjenayah yang dikehendaki kerana banyak terbabit dalam kes mencuri kenderaan sejak beberapa tahun lalu.

Beliau berkata kira-kira 12.01 tengah malam tadi, seorang kontraktor yang sedang minum di sebuah kedai di Kampung Bukit Yong, Pasir Putih, Kelantan ternampak sebuah pacuan empat roda menghala dari Jerteh ke Pasir Putih, yang seakan-akan kenderaannya yang hilang Sabtu lalu.

"Oleh kerana ingin tahu, beliau mengekori kenderaan itu dengan kenderaannya yang lain sehingga dia dapat pasti bahawa kenderaan Pajero yang diekorinya itu memang kepunyaannya," kata Khaled kepada pemberita di sini Ahad.

Khaled berkata suspek yang menyedari dia diikuti telah memecut sehingga memasuki Jalan Air Terjun dan ke Kampung Padang Luas sehingga kenderaan berkenaan terbabas dan terbalik.

Suspek yang cedera kemudiannya ditangkap anggota polis.
Tags / Kata Kunci: curi kereta , Hassan Budu , Khaled Che Lah

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Kolumnis

iklan

Iklan