Juruteknik Rugi RM49,450 Tertipu Dengan Skim Cabutan Bertuah

Diterbitkan: Khamis, 9 Oktober 2014 6:37 PM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Seorang juruteknik mengalami kerugian RM49,450 akibat tertipu dengan skim cabutan bertuah.

Lelaki berumur 41 tahun ini ditipu dengan membayar wang berkenaan kononnya untuk menuntut hadiah yang dimenanginya berupa lampu kristal.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, ACP Shahron Anuar Abdul Latif berkata mangsa diminta mendeposit wang tersebut di dalam akaun yang diberikan seorang wanita yang mendakwa dia bekerja di sebuah pasar raya di Hong Kong.

Beliau berkata mangsa percaya dengan muslihat wanita terbabit kerana kakak sepupunya pernah menghadiahkan rantai emas kepadanya yang di beli di Hong Kong dan beranggapan kad ahli sepupunya itu yang terpilih untuk memenangi hadiah tersebut.

Mangsa membuat laporan polis pada Selasa lepas.


iklan

Kolumnis

iklan

Iklan