2 Warga Asing Dikesan Cuba Godam ATM Di Bayan Baru

Diterbitkan: Khamis, 9 Oktober 2014 1:58 PM

atm

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Polis kini memburu dua warga asing yang gagal menggodam mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sebuah bank di Jalan Tengah, Bayan Baru, dua minggu lalu.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Wira Abdul Rahim Hanafi memberitahu perkara demikian kepada para pemberita pada Khamis.

Kedua-dua warga asing itu dikesan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), cuba untuk membuka bahagian atas mesin itu pada 25 September lalu.

Mereka kemudiannya meletakkan tangan kepada CPU mesin tersebut tetapi tidak berhasil.

Sejurus selepas itu, mereka menutup bahagian atas dan beredar tanpa membawa keluar sebarang wang.

Pihak berkuasa bank hanya menyedari mesin itu telah cuba dibuka pada Selasa lalu.

Mereka kemudiannya mengarahkan pegawai cawangan untuk meneliti rakaman CCTV sebelum mengesan dua lelaki berkelakuan mencurigakan pada kira-kira pukul 12.20 pagi pada 25 September lalu.

Tags / Kata Kunci: godam ATM

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan