Polis Kenal Pasti Bom Tangan Diguna Dalam Letupan Di Bukit Bintang

Diterbitkan: Khamis, 9 Oktober 2014 8:15 PM

Seorang anggota pemusnah bom Polis Diraja Malaysia (PDRM) siap sedia meletupkan bom tangan yang masih aktif. - foto AZHAR MAHFOF/The Star

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis mengenal pasti bom yang digunakan dalam insiden letupan di hadapan sebuah kelab malam di Kompleks Sun, Bukit Bintang pagi Khamis adalah bom tangan M67.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajuddin Md Isa berkata hasil siasatan polis mendapati kedua-dua bom itu dikenal pasti berdasarkan daripada nombor pin yang tertera M67 dan tahun 1983.

"Nombor pengenalan menunjukkan bom itu dihasilkan pada tahun 1983 jenis buatan lama yang selalu digunakan pada zaman perang..dan yang pasti, bom itu bukannya buatan negara kita," katanya.

Seorang joki kereta, Tiong Kwong Yie, 36, maut dan 12 lagi cedera termasuk pelancong asing dalam serangan bom tangan yang dipercayai melibatkan perebutan kawasan kumpulan kongsi gelap, di hadapan sebuah kelab malam, Kompleks Sun pada pukul 4.20 pagi.

Ia dipercayai kejadian serangan bom pertama di pusat hiburan di negara ini.

Sehingga kini, mangsa yang cedera merupakan enam rakyat tempatan, seorang lelaki Thailand, seorang lelaki Singapura dan empat wanita warga China. 

Sementara itu, seorang wakil syarikat pengurusan jenazah ketika ditemui di Hospital Kuala Lumpur (HKL) berkata isteri Tiong dijangka tiba di HKL malam Khamis dari Sarawak.

Katanya, Tiong meninggal dunia pukul 10.20 pagi Khamis ketika menjalani pembedahan di hospital itu akibat kecederaan parah dan bedah siasat ke atas mendiang akan dijalankan pagi Jumaat.

Seorang mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Yaw berkata ketika kejadian kira-kira 4.15 pagi, dia sedang minum di kelab itu dan terlihat ada objek dilemparkan dari tingkat dua sebelum meletup.

"Tiba-tiba nampak macam bom dari atas kompleks itu. Saya mengalami kecederaan di kaki kiri," katanya ketika ditemui di HKL.

Seorang pengunjung wanita rakyat China ketika ditemui berkata ketika kejadian beliau berada di hadapan pintu masuk kelab malam dan terkejut apabila mendengar bunyi letupan.

Katanya, beliau mengalami kecederaan ringan di sebelah kaki kanannya.

"Masa saya keluar, saya nampak ada benda jatuh, selepas jatuh sahaja dalam masa dua hingga tiga saat terus meletup sebelum menyedari kaki kanan saya terluka akibat terkena serpihan letupan," katanya dalam dialek Mandarin sambil menunjukkan lukanya kepada wartawan di hadapan kaunter Jabatan Kecemasan HKL.

Tags / Kata Kunci: bom tangan , letupan , Bukit Bintang

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan