Suami Isteri Rentung Kereta Bertembung Dengan Bas

Diterbitkan: Rabu, 8 Oktober 2014 4:08 PM

(Ubah saiz teks)

PEKAN: Sepasang suami isteri rentung apabila kenderaan yang mereka naiki terbakar selepas bertembung dengan sebuah bas persiaran dalam kemalangan di KM16 Jalan Pekan-Nenasi dekat Kampung Sungai Miang, Pekan pada Rabu.

Mangsa yang terbunuh adalah pemandu kereta, seorang anggota tentera Mohd Safiuddin Mohd Sezali, 26, berasal dari Kampung Panchor Merah, Permaisuri, Terengganu dan isterinya, Nor Farina Rosli, 26, dari Kampung Edang, Melor, Kelantan yang bertugas sebagai jururawat di Klinik Desa Sungai Sayong Kluang, Johor.

Ketua Polis Daerah Pekan Supritendan Yahaya Othman berkata dalam kejadian 4.45 pagi itu kereta yang dinaiki mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum bertembung dengan sebuah bas yang sedang menghala ke Kuala Terengganu bersama 30 penumpang.

 
"Akibat pertembungan itu kedua-dua kenderaan tersebut hangus terbakar dan kedua-dua mangsa yang tersepit di dalam kereta Proton Persona itu tidak sempat menyelamatkan diri," katanya kepada pemberita di sini hari ini. 

Bagaimanapun, katanya kesemua penumpang bersama pemandu bas terbabit berjaya menyelamatkan diri dan mereka tidak mengalami sebarang kecederaan.

Yahaya berkata berkata pihak bomba yang dimaklumkan tentang kejadian itu kira-kira 5 pagi bergegas ke tempat kejadian dengan dua jentera bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat Pekan dan Nenasi bersama 11 anggota dan pegawai.

Bagaimanapun, katanya mangsa tidak dapat diselamatkan.
 
"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Pekan untuk bedah siasat," katanya.
Tags / Kata Kunci: rentung , bas , Proton Persona

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan