Dua Lelaki Maut, Seorang Parah Van Bertembung Treler

Diterbitkan: Rabu, 8 Oktober 2014 9:49 PM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Dua lelaki maut manakala seorang lagi parah selepas van yang dinaiki bertembung dengan sebuah treler dalam kemalangan di Kilometer 112.5 Jalan Kuantan-Segamat dekat Rompin pagi Rabu. 

Dalam kemalangan kira-kira 11.50 pagi itu, mangsa yang maut ialah Azhar Jusoh, 40, dan Rozaman Samin 22 tahun, manakala identiti seorang lagi yang parah masih belum dikenalpasti.

Ketua Turus Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, DSP Mohd Noor Yusof Ali berkata, kemalangan berlaku ketika van yang dinaiki enam penumpang termasuk pemandu itu dalam perjalanan dari arah Muadzam Shah menghala ke Bandar Tun Razak. 

"Ketika tiba di tempat kejadian, lori treler berkenaan yang datang dari arah Segamat telah memotong sebuah kenderaan lain di hadapannya menyebabkan van terpaksa turun ke bahu sebelah kiri jalan. 

"Bagaimanapun lori terbabit telah masuk semula ke laluannya lalu merempuh van terbabit menyebabkan kenderaan itu hilang kawalan dan telah terbabas ke kiri jalan sebelum terbalik," katanya ketika dihubungi di sini.

Kejadian menyebabkan dua penumpang van itu maut, seorang parah dan tiga lagi mengalami cedera ringan dan dihantar ke Hospital Muadzam Shah untuk mendapat rawatan.

Beliau berkata, polis telahpun menahan pemandu lori berkenaan berusia 27 tahun untuk soal siasat serta ujian air kencing dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 

Sementara itu dalam kemalangan berasingan seorang penuntut UiTM Pulau Pinang maut selepas motosikal yang ditunggangnya melanggar bahagian tepi sebelah kanan sebuah kereta jenis Proton Waja di Kilometer 12 Jalan Kuantan-Kemaman berhadapan Hotel Swiss Garden di Jalan Beserah dekat sini tengah hari Rabu.

Mohd Noor berkata, mangsa Mohamad Zarin Ikmal Zan Mohd Zamri, 21, berasal dari Kemaman, Terengganu mati di tempat kejadian manakala pembonceng motosikal, 20an, bersama pemandu kereta berkenaan, berusia 48 tahun turut cedera dalam kemalangan itu.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan