Penemuan Mayat Kanak-Kanak: Pasangan Kekasih Disambung Reman 7 Hari

Diterbitkan: Selasa, 7 Oktober 2014 11:45 PM

(Ubah saiz teks)

BUKIT MERTAJAM: Sepasang kekasih disambung reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat kanak-kanak lelaki berusia lima tahun, yang dipercayai dibunuh dan dibuang dalam semak berhampiran ladang sawit di Kampung Tongkang, Permatang Tinggi di sini, Isnin lepas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) Supt Baharom Abu berkata wanita berusia 30 tahun, yang juga ibu kepada kanak-kanak berkenaan dan teman lelakinya, 24, ditahan sejak 30 September lepas dan tamat reman pada Selasa.

"Polis memohon untuk menyambung reman pasangan kekasih berkenaan dan mahkamah membenarkan mereka direman sehingga 13 Oktober ini bagi membolehkan kami melengkapkan siasatan kes berkenaan.

"Siasatan lanjut sedang dijalankan dan penahanan mereka diharap dapat membantu siasatan kami," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini Selasa.

Katanya polis telah merekodkan keterangan daripada beberapa anggota keluarga dan kenalan pasangan kekasih berkenaan bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Mayat kanak-kanak itu ditemui kira-kira 12 tengah hari Isnin lepas oleh sepasukan polis selepas hasil siasatan terhadap ibu kanak-kanak itu, yang melaporkan kehilangan anaknya semasa bersiar-siar di Padang Kota, George Town Selasa lepas.

Wanita itu ditahan setelah memberikan keterangan bercanggah dan mencurigakan.
Tags / Kata Kunci: tahan reman , Baharom Abu

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan