'Pen Pistol' Dipercayai Bunuh Seorang Pemandu Van

Diterbitkan: Selasa, 7 Oktober 2014 9:17 AM

Contoh seperti pistol pen yang ditemui pada mayat pemandu van di Bintulu pada Ahad.

(Ubah saiz teks)

BINTULU: Polis percaya kematian seorang lelaki pada Ahad berpunca daripada 'pen maut'.

Bagaimana pun polis masih buntu kemunculan pistol kecil yang direka berbentuk sebatang pen ditemui bersama mayat seorang pemandu van di hadapan sebuah pasar raya.

Polis Bintulu akan meminta bantuan daripada pakar patologi, balistik serta ahli kimia bagi membantu siasatan berkenaan dengan pen pistol ini yang berbunyi seperti alat penggera.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Supritendan  Abdul Razak Mohamad berkata mereka belum temui sebarang petunjuk berkaitan dengan senjata yang ada pada mangsa.

Menurut saksi, lelaki berusia 40-an itu meletak vannya dan berjalan-jalan di sekitar kawasan itu, yang kebiasaannya dia sedang menunggu penumpang. Namun selepas itu dia dilihat rebah dan meninggal dunia.

"Sebelum itu saksi ada mendengar letupan kecil seperti bunyi bunga api," katanya.

Tambah Abdul Razak, mangsa memegang barang kecil panjang yang menyerupai seperti rokok elektronik.

"Rata-rata menganggap dia menghisap rokok elektronik sebelum peralatan itu meletup dan membunuhnya," katanya.

Namun selepas membuat pemeriksaan, polis menyedari ia sebenarnya bukan rokok elektronik, tetapi merupakan pen pistol seperti mana yang dilihat dalam filem James Bond.

"Kami juga turut menemui satu plastik peluru kecil," jelasnya.

Katanya, mangsa mengalami kesan terbakar di bahagian dada yang kemungkinan berpunca daripada letupan pen pistol itu.

Tags / Kata Kunci: pen pistol

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan