Leka Beraya, Tidak Sedar Rumah Hangus Terbakar - Berita Jenayah | mStar

Leka Beraya, Tidak Sedar Rumah Hangus Terbakar

Diterbitkan: Isnin, 6 Oktober 2014 1:12 PM

(Ubah saiz teks)

KEMAMAN: Tujuh sekeluarga tinggal sehelai sepinggang apabila rumah mereka di Kampung Tengah di sini musnah dijilat api semasa bertandang ke rumah jiran untuk memeriahkan sambutan Aidiladha petang Ahad.

Mangsa Md Zaini Shamsudin, 51, berkata kejadian itu berlaku pada 4.30 petang semasa beliau sedang menikmati hidangan di rumah jirannya.

"Semasa sedang makan, saya ternampak kepulan asap dari arah pantai lalu mengarahkan anak lelaki saya untuk memeriksa. Masa itu saya sangat terkejut apabila anak saya beritahu rumah kami terbakar sebelum terus pulang dan mendapati semuanya telah musnah dalam kebakaran," katanya ketika ditemui pemberita di tapak kediamannya di sini, Isnin.

Md Zaini berkata ketika kejadian isterinya Ropiah Mat Amin berada di rumah menunaikan solat Asar namun sempat menyelamatkan diri.

"Saya bersyukur ke hadrat Allah walau pun kehilangan tempat tinggal tetapi masih bernasib baik tiada kemalangan jiwa dan isteri saya selamat," katanya sambil menambah kebakaran itu turut memusnahkan dua buah motosikal dan sebuah kereta miliknya.

Sementara itu, Pegawai Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Ismail Mat Hassan ketika dihubungi berkata sembilan anggota bersama dua jentera dikejarkan ke tempat kejadian dan dapat mengawal kebakaran daripada merebak ke rumah berhampiran.

"Siasatan berhubung punca kejadian dan anggaran kerugian sedang dijalankan," katanya.


Tags / Kata Kunci: Kebakaran , Bomba
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan