Polis Sabah Perluas Siasatan Isu Sabah Keluar Dari Malaysia

Diterbitkan: Ahad, 5 Oktober 2014 12:56 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Polis memperluaskan siasatan berhubung kesseorang wanita dipercayai penduduk Sabah yang tinggal di luar negara dilaporkan menjadi jurucakap sebuah kumpulan yang mahu Sabah keluar daripada Malaysia, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman.

Katanya beliau tidak dapat mendedahkan apa-apa kerana perkara itu adalah sulit.

"Polis telah kembangkan (siasatan) ke peringkat lebih luas dan lebih tinggi termasuk mendapatkan bantuan beberapa pihak untuk membantu siasatan," katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri majlis jamuan Aidiladha di Masjid NurIslam, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah di sini. 

Wanita itu yang dikenali sebagai Doris Jones, mempunyai akaun Facebook yang mencadangkan Sabah dan Sarawak keluar daripada Malaysia.

Ketika ditanya sama ada wanita itu masih berada di luar negara, beliau berkata: Ya. 

Sebelum ini, dilaporkan polis sedang mengesan wanita itu bagi membantu siasatan berhubung isu Sabah keluar daripada Malaysia.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan