Pemancing Maut, Rakan Parah Dihempap Pokok

Diterbitkan: Sabtu, 4 Oktober 2014 2:39 PM

(Ubah saiz teks)

BESUT: Seorang pemancing maut manakala rakannya cedera selepas dihempap sebatang pokok mati yang tumbang dan menimpa khemah mereka di kawasan tepi sungai berhampiran Hutan Simpan Pelagat dekat sini, Jumaat.

Ketika kejadian pada kira-kira 4 petang itu, kedua-duanya dan seorang lagi rakan mereka sedang berteduh dalam khemah itu yang ketika itu hujan lebat, kata Ketua Polis Daerah Besut Supt Khaled Che Lah.

Katanya Nasir Mamat, 47, maut di tempat kejadian, rakannya Tengku Faisal Tengku Mahmud, 26, cedera manakala Mohd Amirul Mukmin, 30, yang tidak mengalami sebarang kecederaan telah menghubungi Balai Polis Jerteh bagi memaklumkan kejadian itu.

Ketiga-tiga 'kaki pancing' dari Kampung Jeram, Pasir Putih, Kelantan itu ke lokasi itu sejak Selasa lepas untuk memancing, katanya pada sidang akhbar di sini, Sabtu.

Katanya pasukan penyelamat yang terdiri daripada anggota polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Pasukan 4x4 Besut mengambil masa hampir lima jam untuk ke tempat kejadian.

Khaled berkata kedua-dua mangsa hanya dapat dibawa keluar dari lokasi kejadian kira-kira pukul 9 malam dengan Tengku Faisal terpaksa diusung.

"Kita menghadapi masalah untuk ke lokasi kejadian yang tiada jalan kenderaan dan anggota penyelamat terpaksa berjalan kaki di samping meredah air sungai yang meningkat ekoran hujan lebat petang semalam," katanya.

Katanya mayat Nasir dibawa ke Hospital Daerah Besut untuk bedah siasat manakala Tengku Faisal menerima rawatan sebagai pesakit luar.


iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan