Bot Terbalik: Mayat Ibu Ditemui, Dua Anak Masih Hilang

Diterbitkan: Sabtu, 4 Oktober 2014 11:34 PM

Sungai Golok (Gambar fail)

(Ubah saiz teks)

PASIR MAS: Mayat pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Jerantut, Rosmiwati Zakaria, yang hilang bersama dua anaknya dalam tragedi perahu terbalik di Sungai Golok, Rantau Panjang, ditemui lebih dua jam selepas kejadian itu, Sabtu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang, Rahmat Kamaruzaman berkata mayat Rosmiwati, 37, ditemui pasukan mencari dan menyelamat pada pukul 5.45 petang kira-kira 100 meter dari tempat kejadian.

"Dua lagi anaknya Wan Nurdina Nadia Wan Azli, 10, dan Wan Nurhabib Naufal, 6, masih belum ditemui dan operasi mencari dan menyelamat akan disambung pada pukul 8 pagi esok.

"Bagaimanapun operasi mencari di tepi tebing sungai diteruskan," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Beliau berkata mayat Rosmiwati dihantar ke Hospital Pasir Mas di Kampung Lati di sini untuk dibedah siasat.

Dalam kejadian kira-kira pada pukul 3.30 petang itu, keluarga berkenaan dikatakan baru sahaja pulang daripada membeli belah di Pasar Mundok, Sungai Golok, yang hanya terletak di seberang sungai sebelah negara jiran itu sempena Aidiladha esok.

Ketika kejadian, bot berkenaan dikatakan dinaiki seramai 15 orang dan terbalik dalam keadaan arus deras berikutan hujan lebat sebelum itu.

Bagaimanapun mangsa yang lain berjaya diselamatkan oleh orang ramai dan ada yang berenang sehingga ke tebing, manakala tiga beranak itu terus dihanyutkan arus deras.

Rahmat berkata operasi mencari dan menyelamat itu melibatkan tujuh anggota dari Balai Bomba Rantau Panjang dan masing-masing empat anggota pasukan penyelamat di air dari Kota Baharu dan Pengkalan Kubor.

Turut sama menyertai operasi 10 anggota polis dan 10 anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.

Katanya, Rosmiwati dan anak-anaknya yang tinggal di Jerantut pulang untuk berhari raya di kampungnya di Pintu Geng, Kota Baharu.

Sementara itu, adik Rosmiwati, Nor Fatin Adiani, 23, ketika ditemui di tempat kejadian berkata, mereka sekeluarga serta sanak-saudara dan rakan-rakan seramai 11 orang ke Pasar Mundok bagi membeli belah bagi persiapan Aidiladha

"Sebahagian besar kami telah pulang lebih awal dan menunggu di kenderaan masing-masing.

"Kemudiannya kami dimaklumkan ada perahu terbalik dan apabila saya pergi ke sana memang ada perahu terbalik di sungai dan tidak sangka ia melibatkan keluarga saya sendiri," katanya. 

Tags / Kata Kunci: Sungai Golok , bot terbalik

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan