Polis Tuaran Tahan Dua Warga Asing, Rampas Dadah Bernilai RM11,000

Diterbitkan: Jumaat, 3 Oktober 2014 9:42 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Tuaran menahan dua lelaki warga asing dan merampas 71.4 gram dadah dipercayai syabu bernilai RM11,000 selepas menyerbu kawasan ternakan ayam di atas sebuah bukit, berhadapan Taman Telipok Ria, kira-kira pukul 3.30 petang Rabu lepas.

Pemangku Ketua Polis Daerah Tuaran ASP Jumairah Ismail berkata kedua-dua lelaki yang ditahan masing-masing berumur 31 dan 38 tahun, dipercayai pengedar dan didapati positif dadah.

Katanya dadah yang dirampas berkenaan disimpan di dalam 141 paket plastik pelbagai saiz.

"Mereka dipercayai pengedar dadah di daerah Tuaran dan telah aktif selama enam bulan serta tidak  mempunyai sebarang pekerjaan," katanya dalam satu kenyataan  ada Jumaat.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika  sabit kesalahan. 

Tags / Kata Kunci: syabu , polis tuaran

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan