Sindiket Godam Mesin ATM Guna Virus - Pengarah JSJK Bukit Aman

Diterbitkan: Selasa, 30 September 2014 12:16 AM

atm

Sindiket mengodam ATM yang dikesan baru-baru ini didapati menggunakan virus dikenali sebagai 'ulssm.exe..' untuk mengeluarkan wang. (Gambar hiasan) Foto GLENN GUAN / THE STAR

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sindiket mengodam Mesin Teler Automatik (ATM) yang dikesan baru-baru ini didapati menggunakan virus dikenali sebagai 'ulssm.exe..' untuk mengeluarkan wang.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Mortadza Nazerene berkata, virus tersebut akan memberi arahan untuk membuat pengeluaran wang yang masih terdapat di dalam mesin ATM yang digodam. 

"Suspek didapati membuka panel atas mesin ATM dipercayai tanpa menggunakan kunci, kemudian memasukkan satu cakera padat ke dalam pusat pemprosesan mesin itu yang kemudiannya akan 'reboot' sistem mesin ATM berkenaan," katanya kepada Bernama di sini, Isnin.

Beliau berkata, suspek menggunakan panel kekunci ATM untuk memproses dan mengeluarkan wang daripada mesin ATM.

Menurutnya, maklumat yang diperoleh daripada jurutera bank mendapati sebanyak 40 keping wang boleh dikeluarkan dalam satu transaksi menggunakan cara tersebut.

Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Azmi Abu Kassim berkata setakat Isnin sebanyak lima laporan polis telah dibuat berkaitan kes mesin ATM digodam di sekitar Petaling Jaya.

Mesin ATM terbabit terletak di Jalan Yong Shook Lin, Petaling Jaya (Affin Bank, kecurian RM303,000); Dataran Sunway (Al-Rajhi, RM285,700); Seksyen 14, Petaling Jaya (Bank Islam, RM395,850); Kota Damansara (Bank Islam, RM221,160) dan Kelana Jaya (Al-Rajhi) yang belum dapat dipastikan jumlahnya.

Sementara itu sebuah lagi bank (Al-Rajhi) di Seksyen 9, Shah Alam digodam menggunakan cara yang sama membabitkan kerugian kira-kira RM116,000.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Azisman Alias berkata pihaknya menerima laporan mengenai perkara itu kira-kira pukul 7 malam tadi setelah pengurus bank berkenaan membuat semakan dan mendapati sejumlah wang telah hilang.

"Pengurus itu kemudian membuat semakan melalui kamera litar tertutup dan mendapati dua suspek dipercayai warga Amerika Latin mengeluarkan sejumlah wang secara bergilir-gilir pada 12.30 tengah malam semalam (28 September)," katanya ketika dihubungi Bernama.

Azisman berkata, modus operandi yang digunakan adalah sama dengan kes-kes godam ATM yang berlaku di Johor, Melaka dan Selangor pada Ahad.

Pada Ahad, media melaporkan sejumlah RM530,600 wang tunai di dua buah ATM sebuah bank yang sama di Johor dan Selangor lesap apabila digodam pada Ahad

dipercayai menggunakan sim kad telefon dan teknologi canggih.
Tags / Kata Kunci: ATM digodam

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan