Polis Tumpas Kumpulan Pecah Rumah Amerika Latin

Diterbitkan: Isnin, 29 September 2014 4:36 PM

Sebahagian suspek yang ditahan dalam serbuan berhubung kes pecah rumah.

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Polis menumpaskan satu kumpulan pecah rumah di sekitar daerah ini dan Lembah Klang dengan tertangkapnya tujuh suspek yang berasal dari Amerika Latin dalam dua serbuan berasingan di Subang Jaya, Jumaat lepas.


Kesemua suspek yang ditahan itu termasuk seorang wanita, berusia antara 26 hingga 43 tahun.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, polis telah menahan empat suspek dalam serbuan pertama pada awal Jumaat lepas di sebuah rumah di Subang Avenue, Subang Jaya.

"Sejumlah barangan berharga yang dipercayai daripada kegiatan pecah rumah turut di rampas dari rumah berkenaan, antaranya ialah komputer riba, mata wang asing, dan baranga kemas," katanya pada sidang akhbar di sini, Isnin.

Turut dirampas ialah sebuah kereta Honda City dan sebuah MPV Toyota Estima, kedua-dua kenderaan itu tidak mempunyai rekod hilang dan dipercayai disewa.

Susulan serbuan pertama, suspek membawa polis ke sebuah rumah di USJ 19, Subang Jaya, kira-kira lima kilometer dari situ yang mana tiga lagi suspek, termasuk seorang wanita ditahan.

Di rumah kedua itu, polis turut menjumpai barangan yang dipercayai hasil pecah rumah serta alatan yang dipercayai digunakan untuk jenayah itu.

"Kerakyatan kesemua suspek belum dapat disahkan kerana hanya empat suspek mempunyai pasport, tiga darinya telah tamat tempoh sementara satu lagi tidak mempunyai cap masuk ke negara ini," katanya.

Modus operandi kumpulan itu, katanya ialah menyasarkan rumah-rumah mewah dan kumpulan itu hanya akan memecah masuk ketika penghuni tiada di rumah.

"Dengan penahanan ini pihak kami percaya telah dapat menyelesaikan antara 10 hingga ke 15 kes pecah rumah di Shah Alam dan sedang menunggu maklum balas dari balai polis daerah berhampiran kerana kumpulan itu sedang bergerak aktif di sekitar Lembah Klang.

Barang-barang yang dirampas, termasuk dua kenderaan itu dianggar bernilai kira-kira RM200,000. Kesemua suspek direman selama empat hari berakhir hari ini dan kes disiasat dibawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.


iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan