Pengurus Syarikat Kereta Terpakai Cedera Ditembak Di Pipi

Diterbitkan: Isnin, 29 September 2014 11:58 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang pengurus syarikat menjual kereta terpakai cedera ditembak di pipi kiri oleh seorang lelaki di pejabatnya di Taman Midah, Jalan Cheras di sini, Isnin.

Pemangku Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Abd Rahim Hamzah Othman berkata, dalam kejadian pukul 4.42 petang itu, empat lelaki datang ke kedai berkenaan menaiki kereta Nissan Sylphy, dipercayai dicuri, dan menutup muka masing-masing dengan memakai topeng ski.

Beliau berkata, tiga daripada suspek kemudian naik ke pejabat mangsa, yang merupakan seorang lelaki berusia 34 tahun, di tingkat satu sebelum bertindak menyerbu masuk ke bilik mangsa. 

"Berlaku pergelutan antara pengurus kedai itu apabila dia cuba menahan pintu biliknya daripada dibuka dan dimasuki suspek.

"Selepas pengurus itu ditolak jatuh, seorang suspek melepaskan dua das tembakan mengenai pipi kiri mangsa sehingga tembus ke bahagian bawah telinga kiri," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Beliau berkata selepas kira-kira dua minit, suspek melarikan diri bersama sebuah fail yang diambil dari meja mangsa. 

Semasa kejadian, terdapat enam pekerja di kedai berkenaan. 

Abd Rahim berkata, mangsa dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia dan kini dilaporkan stabil.

Beliau berkata hasil pemeriksaan di lokasi kejadian, polis menemui dua butir peluru dan dua pucuk pistol dengan satu daripadanya palsu. 

Katanya, polis kini menyiasat motif kejadian dan sedang meneliti kamera litar tertutup di kedai itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Senjata Api 1960 dan Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Tags / Kata Kunci: cedera ditempak

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan