2 Suspek Kes Tembak Pada Upacara Sembahyang Kematian Ditahan

Diterbitkan: Sabtu, 27 September 2014 1:12 PM

Abdul Rahman Ibrahim.

(Ubah saiz teks)

KEPALA BATAS: Polis menahan dua suspek lelaki berhubung kes tembakan di sebuah rumah yang sedang menjalankan upacara sembahyang kematian di Kampung Selamat, Tasek Gelugor di sini, Isnin lepas, mengakibat seorang maut dan seorang cedera parah.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, ACP Abdul Rahman Ibrahim berkata, suspek berusia 30-an dan 20-an itu masing-masing ditahan di Padang Serai dan Kampung Selamat pada pukul 4 petang dan 7.30 malam Jumaat.

"Suspek berusia 30-an ada tiga rekod lampau bersabit kes judi dan dadah," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis persaraan dan perpisahan pegawai dan anggotanya, di sini malam Jumaat.

Katanya, kedua-dua lelaki terbabit akan dibawa ke Mahkamah Butterworth pada Sabtu untuk mendapatkan perintah reman.

Dalam kejadian pukul 10.45 malam itu, Lee Wooi Shong, 34, maut selepas terkena tembakan di kepala manakala rakannya yang berusia 38 tahun cedera parah.

Abdul Rahman berkata, mangsa yang cedera telah dibenarkan keluar hospital dan polis akan merekodkan keterangan daripadanya dalam tempoh terdekat.

Tags / Kata Kunci: kes tembakan

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan