Polis Minta SKMM Sekat Gambar Separuh Bogel Di Internet

Diterbitkan: Sabtu, 27 September 2014 5:53 PM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Polis meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menyekat penyebaran gambar separuh bogel yang didakwa menyerupai seorang anggota polis wanita berpangkat konstabel yang tersebar di internet dan aplikasi telefon pintar WhatsApp sejak beberapa hari lepas.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk A. Thaiveegan berkata, polis telah mengambil keterangan wanita yang kini bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang itu dan sedang menjejaki beberapa lagi individu yang mempunyai maklumat berhubung perkara berkenaan.

Beliau berkata pihaknya memandang serius berhubung perkara itu walaupun anggota berusia dalam 20-an itu menafikannya dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

"Kes itu kita siasat. Anggota itu membuat laporan polis semalam bahawa perkara itu tidak benar, sebab itu bukan dia. Mungkin gambar itu menyerupai mukanya, tetapi itu bukan dia. Sesiapa yang tengok gambar tu mungkin tahu itu bukan dia. Saya sudah arahkan untuk membuat siasatan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Remaja dan Seks Bebas: Kesan dan Akibat, di sini, Sabtu.

Katanya polis bekerjasama dengan SKMM untuk mengesan penyebar gambar itu dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Semalam, wanita itu membuat laporan polis selepas beberapa keping gambar separuh bogel yang didakwa menyerupai dirinya tersebar di internet dan aplikasi telefon pintar WhatsApp sejak beberapa hari lepas.

Wanita itu menyedari perkara berkenaan selepas dimaklumkan rakannya dan selepas melihatnya, dia menafikan gambar-gambar itu adalah dirinya.
Tags / Kata Kunci: SKMM , Datuk A. Thaiveegan

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan