Polis Rampas 16 Senjata Api, Tahan Tiga Lelaki

Diterbitkan: Jumaat, 26 September 2014 5:18 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Polis Kedah merampas 16 senjata api termasuk raifal dan senapang patah bersama lebih 1,000 butir peluru yang melanggar syarat lesen interim dan dipercayai sudah tamat tempoh.

Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim berkata dalam serbuan itu, polis turut menahan tiga lelaki termasuk seorang warganegara United Kingdom, berumur 40-an, yang menanam senjata api itu di sebuah rumah di Kampung Belanga Pecah di sini, 9 malam Rabu lepas. 

"Pemilik senjata api itu merupakan pemilik kapal dagang yang berlabuh di perairan Langkawi, yang digunakan untuk tujuan keselamatan tetapi dibawa naik ke daratan dan ia menyalahi syarat lesen dikeluarkan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi di sini, Jumaat.

Katanya senjata api itu dirampas atas dasar keselamatan dan khuatir senjata terbabit disalah guna.

"Rampasan ini tidak ada kaitan dengan kegiatan pengganas atau militan," katanya.

Ahmad berkata polis turut mengenal pasti seorang lelaki warga New Zealand yang merupakan pemilik senjata itu yang bertanggungjawab atas penyimpanan senjata api berkenaan.

Katanya lelaki berumur lingkungan 40-an itu dipercayai majikan kepada tiga individu yang ditahan dalam serbuan itu.

"Kita sudah kesan kedudukan lelaki itu yang kini berada di luar negara dan kita akan pastikan dia ditahan untuk tindakan lanjut sebaik memasuki negara ini," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 7(1) Akta Senjata Api (penalti lebih berat) 1971 dan Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960. 

Sementara itu, Ahmad berkata sehingga kini sebanyak 23 laras senjata api dirampas dalam dua kes di pulau ini termasuk tujuh laras senjata api pada 18 September lepas.

Polis Kedah merampas raifal terbabit di sebuah kapal mewah dan menahan seorang lelaki warga Afrika Selatan dan teman wanitanya warganegara Thailand.

Mengenai keselamatan perairan Langkawi, Ahmad berkata kedudukannya adalah selamat dan terkawal.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan