Anggota Polis Wanita Buat Laporan Gambar Separuh Bogel - Berita Jenayah | mStar

Anggota Polis Wanita Buat Laporan Gambar Separuh Bogel

Diterbitkan: Jumaat, 26 September 2014 8:47 PM

A. Thaiveegan.

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Seorang anggota polis wanita membuat laporan polis selepas beberapa keping gambar separuh bogel yang didakwa menyerupai dirinya tersebar di Internet dan aplikasi telefon pintar whatsApp.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk A. Thaiveegan berkata anggota polis berusia dalam 20-an itu membuat laporan polis pada Khamis selepas mendapati gambar-gambar itu tersebar di whatsApp dan laman sosial sejak beberapa hari lepas.

"Dia menyedari perkara itu selepas dimaklumkan rakannya dan selepas melihatnya, dia menafikan gambar-gambar itu adalah dirinya," kata Thaiveegan.

Beliau berkata polis dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia akan menyiasat secara terperinci kes itu. 

Polis juga akan menyiasat motif penyebaran gambar berkenaan berikutan anggota polis itu tidak menerima ugutan atau ancaman selepas gambar itu tersebar.
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan