KPN Peroleh Perintah Gantung Keputusan Mahkamah Tinggi Tahan Bapa Mualaf

Diterbitkan: Khamis, 25 September 2014 6:38 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar memperoleh perintah bagi menggantung keputusan Mahkamah Tinggi mengarahkan beliau menahan seorang bapa mualaf dan mengembalikan anak perempuannya kepada bekas isteri yang beragama Hindu.

Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif, yang mengetuai panel tiga hakim, membenarkan permohonan interparte Khalid bagi membolehkan mereka mendengar rayuan beliau terhadap keputusan Mahkamah Tinggi berhubung perkara itu.

Md Raus, yang bersidang bersama-sama Datuk Zaharah Ibrahim dan Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim, menetapkan 30 Okt ini untuk mendengar rayuan Khalid.

"Ini adalah satu isu penting. Kami membenarkan penggantungan perintah dan menetapkan tarikh awal untuk mendengar sebelum memutuskan rayuan berkenaan," katanya.

Pada 12 Sept lepas, Mahkamah Tinggi Ipoh membenarkan semakan kehakiman M. Indira Gandhi untuk mendapatkan perintah mandamus bagi memaksa Khalid menahan bekas suami wanita itu, Muhammad Ridhuan Abdullah, dan mengembalikan Prasana Diksa yang berusia enam tahun kepadanya.

Pada 17 September lepas, Khalid memperoleh perintah penggantungan sementara keputusan Mahkamah Tinggi itu daripada Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Aziah Ali, yang bersidang bersendirian.

Pada prosiding Khamis, panel sama turut menolak permohonan Indira Gandhi bagi mengetepikan perintah penggantungan sementara diperoleh Khalid, yang diwakili Peguam Kanan Persekutuan Noor Hisham Ismail dan Suzana Atan.

Peguam Aston Paiva, yang mewakili Indira Ghandi bersetuju tarikh awal pendengaran rayuan ditetapkan namun membantah permohonan Khalid untuk perintah penggantungan.

Pada 2009, Mahkamah Tinggi Syariah Ipoh memberi hak penjagaan tiga anak pasangan itu, Tevin Darsiny, 17, Karan Dinish, 16, dan Prasana kepada Muhammad Ridhuan, yang sebelum ini dikenali sebagai K. Pathmanathan selepas beliau menukarkan agama mereka kepada Islam.

Pada 2010, Mahkamah Tinggi Ipoh memberikan hak penjagaan penuh ketiga-tiga anak pasangan itu kepada Indira Gandhi dan memerintahkan Muhammad Ridhuan mengembalikan Prasana Diksa kepada ibunya.

Pada 30 Mei lepas, Mahkamah Tinggi Ipoh mensabitkan Muhammad Ridhuan kerana menghina mahkamah dan mengeluarkan waran tangkap terhadapnya selepas beliau berulang kali gagal menyerahkan Prasana Diksa kepada ibu kanak-kanak itu.

Indira Gandhi turut memperoleh perintah mendapatkan kembali daripada Mahkamah Tinggi bagi memaksa polis mengesan Muhammad Ridhuan.

Beliau kemudian memfailkan semakan kehakiman untuk mendapatkan perintah mandamus berikutan tindakan Khalid mengambil jalan tengah dalam kes yang menyaksikan pihak terbabit memperoleh perintah berasingan daripada mahkamah sivil dan mahkamah syariah.

Pada 10 Sept lepas, Mahkamah Rayuan membatalkan rayuan Muhammad Ridhuan terhadap sabitan menghina mahkamah dan perintah mendapatkan kembali selepas memutuskan ia tidak boleh mendengarnya kerana perayu belum membebaskan diri daripada sabitan itu berikutan mengingkari arahan mahkamah agar Prasana Diksa dikembalikan kepada Indira Gandhi.


Tags / Kata Kunci: KPN , Mahkamah

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan