Pemandu Lori Maut Dihempap Lengan Kren

Diterbitkan: Selasa, 23 September 2014 6:23 PM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Seorang pemandu maut apabila lori sampah yang dipandunya dihempap lengan sebuah kren yang jatuh secara tiba-tiba ketika sedang menjalankan kerja pengutipan sampah di sebuah kompleks beli-belah di Bandar Hilir awal pagi Rabu.

Dalam kejadian kira-kira 5.30 pagi itu, mangsa Anas Tawi, 55 yang telah berkhidmat kira-kira 30 tahun dengan sebuah syarikat kontraktor bagi pengurusan sisa pepejal meninggal dunia kerana tersepit di tempat duduk pemandu selain mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Supritendan Razali Bakar berkata ketika kejadian kren yang mampu mengangkat muatan seberat 25 tan itu sedang menaikkan sebuah pam konkrit ke atas bumbung kompleks itu untuk kerja pembinaan pawagam baru.

"Kren tersebut secara tiba-tiba terjungkit ke hadapan sebelum ia terjatuh menghempap bumbung lori yang dipandu mangsa ketika menjalankan kerja pemunggahan sampah," katanya kepada pemberita pada Rabu.

Beliau berkata mangsa yang merupakan warga Indonesia dan mempunyai taraf penduduk tetap itu meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Melaka Nazili Mahmood berkata pihaknya menerima panggilan pada 5.37 pagi dan tiba 12 minit kemudian dengan sebuah jentera dan  jentera Perkhidmatan Respons Perubatan Kecemasan(EMRS) dengan lapan anggota dari balai Jalan Kubu.

 "Kita terpaksa menggunakan peralatan menyelamat hidraulik bagi mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit di bahagian kaki di tempat duduk pemandu sebelum berjaya dikeluarkan pada 6.04 pagi," katanya.

Rakan mangsa, Sabari Bidin, 45, berkata ketika kejadiaan dia dan mangsa yang ditugaskan untuk menjalankan kerja mengutip sampah di kompleks berkenaan tiba di lokasi pada pukul 5.15 pagi.

"Ketika kejadian saya berada di luar lori untuk memunggah sampah. Secara tiba-tiba saya nampak kren yang sedang menjalankan kerja pembinaan di kawasan sama jatuh dan menghempap bumbung lori," katanya yang baru berkhidmat selama empat bulan dengan syarikat itu.

Dalam pada itu, Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri Datuk Ismail Othman berkata projek pembinaan pawagam tambahan di kompleks tersebut diarah berhenti serta-merta bagi kerja penyiasatan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia.

Beliau berkata pemeriksaan awal mendapati kerja pembinaan dilakukan di luar tempoh yang dibenarkan pihak berkuasa tempatan iaitu antara 8 pagi hingga 5petang.

"Kita tidak tahu mengapa kerja-kerja projek ini perlu dilakukan pada awal pagi iaitu di luar waktu yang dibenarkan di mana jarak penglihatan terhad," katanya.

Pengarah JKKP Melaka Jaafar Leman berkata pemeriksaan awal mendapati kejadian itu mungkin berpunca daripada kedudukan kren yang tidak stabil diatas tanah selain kemungkinan berat pam konkrit yang diangkut melebihi muatan.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Akta Kilang dan Jentera 1967 dan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA) 1994. 

Tags / Kata Kunci: pemandu lori maut

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan