Sembilan Pelajar Sekolah Ditahan Disyaki Curi Motosikal

Diterbitkan: Selasa, 23 September 2014 5:33 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

ALOR GAJAH: Sembilan pelajar sekolah menengah ditahan selepas dipercayai terlibat mencuri enam buah motosikal di sebuah kedai menjual motosikal di Kuala Sungai Baru di sini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Alor Gajah DSP Abdul Rahman Jid berkata pelajar berusia 14 dan 15 tahun itu ditahan di rumah masing-masing sekitar Kuala Sungai Baru bermula Ahad hingga Isnin.

"Polis turut merampas sebuah motosikal jenis Modenas serta beberapa bahagian motosikal yang telah dileraikan dipercayai untuk dijual," katanya kepada pemberita di sini, Selasa.

Beliau berkata dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 petang pada 20 Sept lepas, pemilik kedai motosikal berkenaan mendapati pintu belakang kedainya dipecah serta enam buah motosikal terpakai telah hilang.

Sementara itu, Abdul Rahman berkata polis menahan seorang lelaki bersama 63 paket dadah mengandungi 152.8 gram dadah disyaki heroin dan 0.1 gram dadah jenis syabu bernilai RM5,000 di sebuah rumah di Kampung Ramuan Cina, Masjid Tanah di sini, kira-kira 11.30 pagi Isnin. 

"Ini merupakan serbuan kali ketiga dibuat ke atas rumah ini, tetapi berlainan suspek dan kita percaya suspek ini mempunyai pertalian darah dengan suspek-suspek sebelum ini," katanya.

Katanya suspek dipercayai aktif mengedar dadah di sekitar daerah Alor Gajah selain Rembau dan Port Dickson, Negeri Sembilan.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan