Polis Serbu Premis Judi Simulator, 10 Individu Ditahan

Diterbitkan: Isnin, 22 September 2014 6:04 PM

Petugas TNB mencabut fius elektrik yang menyalurkan tenaga elektrik ke premis perjudian di sebuah pusat membeli-belah sambil diperhatikan oleh Mior Faridalathrash di sekitar George Town pada Isnin. - fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Polis menyerbu sebuah premis menawarkan permainan judi simulator tidak berlesen dan menahan 10 orang termasuk dua wanita di Sungai Ara, Bayan Lepas di sini, Isnin.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Lai Fah Hin berkata mereka yang ditahan dalam operasi pukul 3 petang itu terdiri daripada dua wanita warga Indonesia, seorang lelaki Indonesia dan tujuh lelaki tempatan berusia 29 hingga 64 tahun.

"Ketika serbuan, lapan lelaki terbabit didapati sedang leka berjudi manakala dua wanita berkenaan dikenal pasti sebagai penjaga premis itu," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian. 

Beliau berkata polis turut merampas lapan unit mesin judi simulator pelbagai saiz dan jenis dianggar bernilai RM500,000 dengan kadar pertaruhan ditetapkan serendah RM10. 

Lai berkata sejak Januari sehingga semalam, polis telah memeriksa 613 premis serta menahan 177 pemain judi serta penjaga selain merampas 800 set komputer yang diubah suai menjadi mesin judi.

Sementara itu, enam premis judi masing-masing empat di kompleks beli-belah di Jalan Datuk Keramat dan dua di Air Itam di sini dipotong bekalan elektrik mulai hari ini selepas beberapa kali diserbu pihak berkuasa. 

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalathrash Wahid berkata operasi bermula pukul 10 pagi itu dilakukan dengan kerjasama Tenaga Nasional Bhd (TNB) Pulau Pinang mengikut Seksyen 21A (1) Akta Premis Perjudian Terbuka 1953 (Pindaan 2001). 

"Polis memandang serius berkenaan lot kedai yang asalnya disewa untuk perniagaan sah ditukar kepada premis judi. Justeru tindakan pemotongan ini diharap dapat menghalang kegiatan itu beroperasi semula pada masa depan," katanya kepada pemberita. 

Beliau berkata dalam tempoh kurang daripada sebulan ini sebanyak 19 premis judi di sekitar Daerah Timur Laut telah diambil tindakan pemotongan bekalan elektrik.
Tags / Kata Kunci: mesin judi simulator , Bayan Lepas

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan