Mayat Pemandu Lori Dibunuh Ditemui Dalam Semak

Diterbitkan: Ahad, 21 September 2014 12:18 PM

(Ubah saiz teks)

ROMPIN: Mayat seorang pemandu lori dipercayai dibunuh ditemui dalam semak di tepi jalan di Km121, Jalan Kuantan-Segamat dekat sini, malam Sabtu.

Ketua Polis Daerah Rompin DSP Johari Jahaya berkata polis menerima maklumat daripada orang awam berhubung penemuan mayat itu kira-kira 7.24 malam.

Katanya mangsa dikenali pasti sebagai Rosli Hamdan, 52, yang merupakan seorang pemandu lori dan telah berkahwin serta tinggal di Jementah, Segamat.

"Pemeriksaan pada mayat turut mendapati kesan cedera di bahagian belakang kepala sebelah kiri dan jari telunjuk kanan dipercayai telah patah," katanya ketika ditemui pemberita di sini, Ahad.

Beliau berkata polis menemui sebatang rotan di tempat kejadian dan sepasang kasut dipercayai milik mangsa.

Katanya, mayat pemandu lori itu dihantar ke Hospital Muadzam Shah dekat sini untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.


Tags / Kata Kunci: Pemandu Lori , Bunuh , Polis

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan