Lelaki Maut Ditikam Di Leher

Diterbitkan: Ahad, 21 September 2014 12:07 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki berusia 22 tahun maut ditikam di leher selepas dipercayai terbabit dalam pergaduhan di sebuah pusat karaoke di Kampung Baru, Sungai Buloh, Selangor awal pagi Ahad.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Supt Junaidi Bujang berkata dalam kejadian kira-kira 3.15 pagi itu, polis menerima panggilan daripada orang awam sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati berlaku pergaduhan antara sekumpulan lapan lelaki, namun punca pergaduhan masih belum diketahui dan sedang disiasat.

"Selepas meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di bangunan itu, polis percaya suspek menggunakan pisau lipat untuk menikam mangsa, namun tiada sebarang senjata tajam ditemui setakat ini.

"Mangsa disahkan maut setelah tiba di Hospital Sungai Buloh. Susulan kejadian itu, dua adik beradik (lelaki) berusia 19 dan 21 tahun ditahan untuk membantu siasatan," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.


Tags / Kata Kunci: Polis , Kampung Baru Sungai Buloh

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan