Polis Terima Dua Laporan Berbaur Hasutan Sepanjang Kempen

Diterbitkan: Ahad, 21 September 2014 7:56 PM

Mazlan Lazim.

(Ubah saiz teks)

TUMPAT: Polis Kelantan menerima dua laporan mengenai ceramah dan pengedaran cekera padat (CD) yang berbaur hasutan sepanjang tempoh lapan hari berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata kedua-dua kes itu sedang disiasat dan pihaknya telah memanggil individu terbabit untuk memberi keterangan. 
 
"Kes pertama, kita terima aduan pada 17 September yang melibatkan pengaduan ke atas seorang Exco Kerajaan Negeri Kelantan yang dikatakan telah mengeluarkan kata-kata berbaur hasutan semasa mengadakan ceramah pada 13 September lalu. 

 
"Pada 18 September pula, mengenai aduan daripada seorang lelaki yang menerima satu bungkusan CD ceramah sebuah parti politik yang diletakkan pada bahagian hadapan kenderaan pengadu," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat di sini, Ahad. 

Katanya kedua-dua kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 4(1)(B) dan (C) Akta Hasutan 1948.

Mazlan berkata secara keseluruhannya kempen PRK DUN itu berjalan lancar tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini.
 
"Pasukan Khas Cantas juga sentiasa dalam keadaan siap sedia bagi menangani sebarang kemungkinan sekiranya ada individu atau kumpulan yang cuba menimbulkan kekecohan," katanya. 

Beliau berkata jumlah anggota polis akan ditambah pada hari mengundi Khamis ini bagi mengawasi semua 45 saluran mengundi.
 
"Tahap keselamatan turut dipertingkatkan untuk melancarkan proses pembuangan undi," katanya.

Kawasan DUN Pengkalan Kubor mempunyai 24,039 pemilih berdaftar iaitu terdiri daripada 23,929 orang pengundi biasa, 109 orang pengundi awal dan seorang pengundi tidak hadir (luar negara). 

PRK itu diadakan berikutan kematian penyandangnya daripada Barisan Nasional (BN) Datuk Noor Zahidi Omar pada 20 Ogos lepas.

PRK DUN itu pada Khamis ini, menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional Mat Razi Mat Ail, calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary.

Tags / Kata Kunci: PRK Pengkalan Kubor

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan