18 Cedera, Dua Bas Kilang Berlanggar di George Town

Diterbitkan: Ahad, 21 September 2014 7:14 PM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Lapan belas cedera dengan seorang daripada mangsa patah kaki kanan dalam kemalangan membabitkan dua buah bas kilang di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, di sini, Ahad.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pulau Pinang Supt Ibrahim Abu Bakar berkata kemalangan pada 7.30 pagi itu berlaku apabila pemandu bas pertama yang membawa enam pekerja kilang itu berhenti di tepi jalan selepas mengesan bunyi kurang menyenangkan daripada tayar belakang kenderaannya.
 

"Sejurus pemandu itu memberhentikan kenderaannya, sebuah lagi bas yang membawa 30 penumpang dari arah sama tidak sempat mengelak lalu merempuh bucu kanan belakang bas di hadapannya," katanya ketika dihubungi di sini, Ahad.


Katanya, siasatan mendapati kejadian itu berlaku di selekoh dan pemandu bas kedua itu tidak sempat mengelak ketika melalui selekoh berkenaan.

Beliau berkata kedua-dua bas berkenaan dipercayai dalam perjalanan membawa pulang pekerja kilang syif malam dari Bayan Lepas, dekat sini.

Pemandu bas pertama Ramli Md Ismail, 61, cedera parah di tangan kanan manakala enam penumpangnya tidak mengalami sebarang kecedaraan.

Ibrahim berkata 17 daripada 30 penumpang bas kedua cedera ringan termasuk seorang daripada mereka patah kaki kanan dan terpaksa dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan lanjut.

Katanya, pemandu bas kedua Ooi Boon Sing, 58, tidak mengalami sebarang kecederaan dan mangsa yang cedera ringan dirawat sebagai pesakit luar di HPP.

Beliau berkata majikan pekerja kilang terlibat telah dimaklumkan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Tags / Kata Kunci: kemalangan bas kilang

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan