Ketua Penerangan Pemuda PAS N Sembilan Dan Ibu Maut Kemalangan

Diterbitkan: Sabtu, 20 September 2014 1:21 PM

Allahyarham Safrizal Tarmizan

(Ubah saiz teks)

PENGKALAN KUBOR: Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan Safrizal Tarmizan, 31, dan ibunya meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 106.2 Jalan Kuala Krai- Gua Musang dekat sini, ketika pulang berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor, awal pagi Sabtu.

Ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan Norazman Mohamad yang mengesahkan kejadian itu berkata, dalam kemalangan pada pukul 1 pagi itu, Safrizal dan ibunya, Asmita Lukman , 56, maut di tempat kejadian manakala isterinya Nor Izatil Aqmar Mat Lazim, 28, serta anak mereka Umar Al Fateh, 3 bulan, cedera parah.

"Safrizal dan ibunya meninggal dunia. Isterinya mengalami kecederaan dan anaknya difahamkan mengalami pendarahan otak.

"Kedua-dua mereka kini dirawat di Hospital Kuala Krai, manakala jenazah Safrizal dan ibunya dibedah siasat di hospital sama sebelum dituntut keluarga," katanya ketika dihubungi mStar Online, Sabtu.

Norazman memberitahu, jenazah Safrizal dan ibunya akan dibawa pulang dan dikebumikan di Makam Sheikh Mohd Said, Negeri Sembilan.

Mengulas lanjut, jelasnya, Safrizal berada di Kelantan dengan dua tujuan iaitu untuk berkempen di Pengkalan Kubor dan untuk mengambil isteri, anak dan ibunya yang  berada di Kota Bharu sebelum pulang ke rumah mereka di Seremban.

"Pada Khamis beliau pergi ke Pengkalan Kubor untuk membantu jentera di sana berkempen sebelum mengambil isteri, ibu dan anak untuk pulang ke Seremban pada Jumaat malam," ujarnya.

Katanya, Safrizal yang merupakan bekas pelajar Universiti Al-Azhar sempat menyatakan harapannya untuk melihat PAS menang di Pengkalan Kubor bagi mengembalikan keyakinan orang ramai terhadap parti itu.

Allahyarham juga disifatkan sebagai seorang yang ceria dan boleh dibawa berbincang.


Tags / Kata Kunci: Pengkalan Kubor , PAS

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan