Mayat Lelaki Dengan Kesan Tembakan Ditemui Di Sungai Petani

Diterbitkan: Rabu, 17 September 2014 2:45 PM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Mayat seorang lelaki dengan kesan tembakan ditemui di Ladang Padang Buluh Tanah Licin, Sidam Kiri di Sungai Petani dekat sini, pagi Selasa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah ACP Mohd Nashir Ya berkata mayat berusia lingkungan 30-an itu ditemui pada kira-kira 8 pagi, hasil maklumat orang awam.

"Hasil pemeriksaan ke atas mayat, terdapat kesan kecederaan di kepala dan pipi disyaki kesan tembakan (namun akan disahkan selepas post mortem)," katanya kepada pemberita di sini, Rabu.

Beliau berkata mangsa dipercayai berasal dari Simpang Empat, Nibong Tebal, Pulau Pinang.

Katanya, siasatan di tempat kejadian menemui kelongsong peluru dan setakat ini motif kejadian masih disiasat.

Tags / Kata Kunci: mayat , tembakan , Sungai Petani

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan