Polis Buru Lelaki Cuba Larikan Wang Dari Mesin ATM - Berita Jenayah | mStar

Polis Buru Lelaki Cuba Larikan Wang Dari Mesin ATM

Diterbitkan: Rabu, 17 September 2014 3:34 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Polis sedang memburu seorang lelaki yang imejnya dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) kerana cuba mengumpil mesin deposit tunai di Pusat Komersial Alamesra, awal pagi Rabu.

Suspek dipercayai seorang lelaki yang dilihat memasuki premis tersebut kira-kira pukul 4.40 pagi, menggunakan besi logam untuk mengumpil mesin tersebut.

Namun, suspek membatalkan rancangannya selepas merosakkan lapisan pertama mesin tersebut akibat masalah teknikal.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner M. Chandra berkata, rakaman CCTV bank terbabit menunjukkan seorang lelaki yang memakai sehelai kain atau baju untuk menutup mukanya memasuki premis berkenaan.

Pegawai keselamatan bank terbabit mendapati berlaku kerosakan sebaik tiba di premis berkenaan kira-kira pukul 8.40 pagi pada hari yang sama.

Chandra berkata, mereka turut menyiasat sama ada kes tersebut dilakukan oleh individu sama yang cuba mengumpil mesin ATM di Damai tidak jauh dari ibu negeri itu kira-kira pukul 4.19 pagi Selasa.

"Untuk kes ini, seorang suspek memakai topeng watak kartun adiwira dengan memakai sarung tangan memasuki bank tersebut dan menyembur cat putih pada empat kamera CCTV itu sebelum melakukan rompakan," katanya.


Tags / Kata Kunci: rompak , ATM , Kota Kinabalu
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan