Tidak Dapat Lari, Remaja OKU Maut Dalam Kebakaran

Diterbitkan: Selasa, 16 September 2014 10:20 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Seorang remaja lelaki orang kurang upaya (OKU) maut selepas terperangkap dalam kebakaran di rumahnya di Kampung Sungai Rabit dekat Temerloh lewat Isnin.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Pahang Anuar Hassan berkata, pihaknya menerima maklumat itu daripada orang awam pada jam 6.09 petang sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

"Remaja terbabit Mohd Hakimi Mohd Redzuan, 13, tidak sempat menyelamatkan diri dan terperangkap dalam kebakaran tersebut.

"Lapan anggota Bomba bersama sebuah jentera cuba menyelamatkan mangsa namun gagal kerana api marak dengan cepat," katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata, selepas berjaya memadamkan kebakaran, mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Sultan Ahmad Shah Temerloh untuk bedah siasat.

Tags / Kata Kunci: Kuantan , OKU , Maut

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan