PPDNKK Selangor Rampas Barangan Tiruan RM245,000 Di Klang

Diterbitkan: Selasa, 16 September 2014 9:35 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Bahagian Penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Selangor merampas pelbagai barangan tiruan bernilai kira-kira RM245,000 dalam dua serbuan berasingan di sebuah pusat pemborong di Klang.

Ketua Penguatkuasanya, Othman Nawang dalam kenyataanya pada Selasa berkata, serbuan pertama dilakukan pada Khamis lepas melibatkan empat premis dan 1,900 buah beg dari jenama terkenal antarabangsa antaranya Prada dan Gucci yang disyaki tiruan bernilai RM225,000 dirampas. 

"Kes disiasat mengikut Akta Perihal Dagangan 2011 dan jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM10,000 bagi setiap unit barangan atau tiga tahun penjara," katanya. 

Othman berkata, bertindak di atas aduan pelanggaran hak cipta barangan jenama Walt Disney, pihaknya menjalankan serbuan kedua di pusat pemborong yang sama pada Sabtu. 

"Dalam serbuan itu kami memeriksa empat premis dan menyita 2,500 unit pelbagai barangan dari jenama berkenaan antaranya alat tulis, barangan mainan dan cenderahati bernilai RM20,000, katanya.  

Othman berkata, semua barangan berkenaan disita di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 dan jika sabit kesalahan boleh didenda minimum RM2,000 bagi setiap barangan atau lima tahun penjara.

Tags / Kata Kunci: PPDNKK

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan