Penoreh Getah Ditemui Mati Dibunuh

Diterbitkan: Isnin, 15 September 2014 8:55 AM

(Ubah saiz teks)

TAMPIN: Seorang penoreh getah ditemui mati dalam keadaan berlumuran darah disyaki dibunuh di sebuah kebun getah di Ladang 300 Ekar, Air Kuning Selatan dekat sini, pagi Ahad.

Mayat K. Arumugam, 50, ditemui pada kira-kira 2 pagi oleh majikannya dengan kesan luka di bahagian kepala dan belakang badan serta muka berdarah.

Selain itu, terdapat kesan tompokan darah kira-kira 10 meter dari mangsa.

Difahamkan mangsa telah bekerja dengan majikannya sebagai penoreh getah sejak empat tahun lalu dan baharu mengembala kambing sejak tiga bulan lepas.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Sembilan, Supt Khoo Leng Huat ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Beliau meminta mereka yang mempunyai maklumat kejadian itu menghubungi balai polis berhampiran. 


Tags / Kata Kunci: Tampin , Polis , Bunuh

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan