Mayat Dua Rakyat Asing Ditemui Dalam Ladang Sawit - Berita Jenayah | mStar

Mayat Dua Rakyat Asing Ditemui Dalam Ladang Sawit

Diterbitkan: Isnin, 15 September 2014 5:47 PM

(Ubah saiz teks)

BUKIT MERTAJAM: Mayat dua lelaki rakyat asing, dipercayai dibunuh, ditemui dalam ladang kelapa sawit di Kampung Manggis, Permatang Tinggi, di sini Isnin.

Mayat Kyaw Tan Hla dan seorang lagi lelaki yang belum dikenal pasti, kedua-duanya berusia dalam lingkungan 30-an, ditemui oleh orang awam pada pukul 8.50 pagi dengan kesan kelar di leher dan beberapa kesan tikaman di badan. 

"Polis percaya mangsa warga Myanmar dan mereka dibunuh di tempat lain sebelum mayat mereka dicampak ke ladang kelapa sawit itu," kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Mazlan Kesah kepada pemberita di sini.

Beliau berkata mayat kedua-dua mereka ditemui dalam keadaan lengkap berpakaian pada jarak 10 meter antara satu sama lain dan polis hanya menemui dokumen pengenalan diri seorang daripada lelaki itu.

Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu supaya tampil atau menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
Tags / Kata Kunci: mayat , warga asing , ladang sawit
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan