Warga Tempatan, Afrika Selatan Ditahan, Dadah Bernilai RM5 Juta Dirampas

Diterbitkan: Isnin, 15 September 2014 11:30 PM

Polis menahan seorang warga tempatan, seorang warga Afrika Selatan dan merampas 22 kilogram syabu bernilai RM5 juta baru-baru ini. - fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang warga tempatan dan seorang warga Afrika Selatan serta merampas 22 kilogram dadah jenis Syabu bernilai RM5 juta dalam enam serbuan di Subang dan Sepang sejak 8 September lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata warga Afrika Selatan berumur 46 tahun itu disyaki menjadi 'keldai dadah' manakala warga tempatan berumur 32 tahun.

Beliau berkata sindiket pengedaran antarabangsa kini menggunakan taktik penyeludupan menggunakan kargo udara melalui syarikat perkhidmatan kurier.

Sebelum ini, mereka menggunakan keldai dadah untuk membawa masuk dadah ke Malaysia.

Dalam operasi pertama pada 12.35 tengah hari 8 September, polis menahan seorang lelaki tempatan di sebuah syarikat perkhidmatan kurier di Subang ketika dia datang untuk mengambil satu bungkusan.

"Pemeriksaan polis mendapati bungkusan itu mengandungi 10 beg galas. Empat daripada beg itu mengandungi 1.73 kilogram dadah jenis Syabu," katanya pada sidang akhbar di Bukit Aman pada Isnin.

Noor Rashid berkata dalam serbuan kedua pada 3.15 petang 10 September, polis merampas dua bungkusan kargo udara di syarikat perkhidmatan kurier sama namun tiada tangkapan dibuat.

"Kedua-dua bungkusan mengandungi alat pengurut kaki yang di dalamnya terdapat 1.27 kilogram dadah jenis Syabu yang dibalut dengan kertas aluminium," katanya.

Dalam serbuan ketiga sehari kemudian, seorang lelaki warga Afrika Selatan yang baru tiba dari Johannesburg ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa KL, Sepang, pada kira-kira 9.20 pagi.

"Hasil pemeriksaan, polis menemui tiga bungkusan dadah jenis Syabu seberat 9.08 kilogram di dalam beg pakaiannya," katanya.

Tujuh jam kemudian, di syarikat perkhidmatan kurier sama, polis merampas satu bungkusan mengandungi empat beg tangan wanita berisi Syabu seberat 1.4 kilogram.

Kira-Kira sejam selepas itu, polis menemui 4.06 kilogram Syabu dalam tiga bungkusan kargo lain yang mengandungi tiga alat pemanas air di syarikat kurier sama.

Sabtu lepas, polis merampas satu bungkusan kargo di syarikat berkenaan yang mengandungi 12 beg tangan wanita, 10 daripadanya mengandungi 4.38 kilogram Syabu.

Noor Rashid berkata kesemua bungkusan yang dirampas itu dihantar dari China dan Hong Kong.

Beliau berkata taktik sindiket dadah antarabangsa, terutama dari Nigeria, kini meliputi usaha merekrut pelajar tempatan sebagai penerima bungkusan.

"Berikutan itu, kita meningkatkan kerjasama dengan syarikat kurier tempatan dan meminta mereka memaklumkan kepada polis sekiranya terdapat bungkusan yang mencurigakan," katanya.

Kedua-dua suspek ditahan reman tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Tags / Kata Kunci: syabu , afrika selatan , Noor Rashid Ibrahim

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan